alhamdulillah..syukur sangat2 dapat lagi kesempatan untuk melihat dunia ni.
arini genaplah 24 thn usiaku..sudah 24..owh dah tua..banyak yang perlu diperbetulkan lagi. semoga aku mendapat keberkatan didunia dan juga akhirat.. InsyaAllah.. :) terima kasih kepada semua yang wish birthday saya arini..terima kasih banyak2.. semoga bertemu lagi.. :) assalamuualaikum...
hidup di dunia ni hanyalah sementara..jadi teruskan kehidupan tanpa memandang ke belakang..kerana kita tidak boleh dibayangi mimpi semalam..
Monday, November 28, 2011
Thursday, November 24, 2011
Rindu ayah
saya sangat merindui ayah saya. terasa dia seperti berada di sisi saya saat ini. sedang menonton tv dan makan malam bersama. ya Allah kau tempatkan roh ayahku dikalangan hamba2 MU yang beriman dan soleh. bila melihat orang lain ditemani ayah mereka, saat itu air mata mengalir. saya sayang ayah saya.. teringat masa kecil-kecil dulu, ayah mesti bawak aku naik basikal tua pusing kampung. semua orang kampung kenal dia. seronok sangat time tu. dan masa konvo aku, ayah tidak dapat datang. dia kena pergi johor. dan masa balik kampung bawak sekali gamba konvo, terpancar kegembiraan diwajahnya yang anaknya yang sorang ni berjaya jugak mengengam segulung ijazah. dan ayah jugak teringin anak dia sambung belajar. insyaAllah akan ku sampung pengajaran ku ke peringkat yang tertinggi. kali terakhir aku mencium tangan ayah adalah pada ari ahad 29 May 2011. masa tu ayah dah tak banyak bercakap. dia hanya melihatanak-anak dan cucu-cucu nya sambil tersenyum. petang tu lah kali terakhir aku bersalam dan mencium pipi kanan dan kirinya. dan pagi isnin 30 may, angah call cakap ayah dah nazak. suruh cepat2 pergi hospital. masa tu, ak dekat office lagi. terus minta kebenaran dari boss. masa mintak kebenaran boss, mulut dah tak boleh nak cakap banyak. bila boss approve ja, terus kemas beg dan pergi hospital dengan moto pemberian ayah masa dapat lesen. laju time tu.tak ingat sapa dah. nak cepat jumpa ayah. sampai hospital, tengok ayah dah memang tenat. wayar dah penuh kat dada dia. ayah dah tak boleh bercakap lagi. time tu, hanya Allah ja tau perasaan ni. ramai2 baca surah yasin kat ayah.kul 2 angah ngn along dah kna balik.aku dengan mak ja tunggu ayah lepas habis waktu melawat pukul 2. angah nak balik amik apa ntah. dalam pukul 3, aku dah nampak dengupan jantung ayah dah makin perlahan. pegang tangan dan kaki ayah dah sejuk. dah rasa masanya dah hampir. mak suruh ajar ayah mengucap. masa ajar tu, tak dapat nak cerita kat sini. mungkin korang dapat fikir kot. dalam kul 430 pm dah nampak monitor yang tunjuk nadi dengan dengupan jantung ayah makin menurun. terus menjerit panggil doktor. doktor pun datang la dengan staff nurse. call along ngan angah suh cepat mai hosptal.dan tepat pukul 4.45 pm doktor kata ayah dah tak ada lagi. time tu nak nangis tapi mak kata tak elok.tahan nangis.call angah ngan along. diorang dah nangis2. lepas pada tu terus keluar sebab dah tak dapat nak tahan air mata ni dari mengalir. teringat masa jaga ayah kat hosptal penang, ayah cakap dia nak belikan kereta dekat aku.dia nak sangat naik kete yang aku bawak.tapi sekarang aku dah beli kete tapi ayah dah tak dak.tak sempat nak merasa pun. ayah kak chik rindu sangat2 kat ayah. tak rasa pun ayah dah p selama-lamanya dari kami. dok rasa macam ayah p keluar berdakwah 3 bulan dan akan balik lepas tu. harap ayah bahagia di sana.
Friday, November 18, 2011
Lelaki Idaman Saya
Lelaki Idaman Saya
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang beriman.
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah.
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam.
Yang sentiasa haus dengan ilmu.
Yang sentiasa dahaga akan pahala.
Yang solatnya adalah maruah dirinya.
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar.
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.
Yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya.
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya.
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya.
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang.
Yang mempunyai banyak kawan dan tidak mempunyai musuh.
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya.
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga.
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga.
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam.
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan.
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam.
Yang hidup di bawah naungan Al-Qur’an dan mencontohi sifat Rasulullah.
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
Yang menjaga matanya dari berbelanja.
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.
Lelaki idaman saya tidak pernah mensia-siakan waktu.
Matanya kepenatan kerana penat membaca.
Suaranya lesu keraa penat mengaji dan berzikir.
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan.
Bangunnya subuh penuh kesegaran.
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati.
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat.
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan di jaga.
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik.
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia.
Kerana dia mengimpikan syurga.
Di situlah rumah idamannya.
Dan dia ingin membawa saya bersama.
DIALAH LELAKI IDAMAN SAYA …
Sumber: klik di sini

Subscribe to:
Posts (Atom)