hidup di dunia ni hanyalah sementara..jadi teruskan kehidupan tanpa memandang ke belakang..kerana kita tidak boleh dibayangi mimpi semalam..
Tuesday, September 28, 2010
...:: Air Mata Tidak Selamanya Abadi ::...
Dari tajuk entry kali ni,semua org mesti dapat tangkap maksud sy kn..hehe..disini sy bkn nk cerita tentang air mata mengalir..miahaha..tapi tentang setiap ujian yg diberi olehNYA ada hikmah dan sebab2 tertentu..dan DIA tak kan bg sesuatu ujian kepada hambaNYA sesuka hati tapi DIA tahu ujian tu kita boleh hadapi..cuma mcm mana kita nk handle masalah tu je..ok baca article yg sy dapat dr 1 laman yg sy sgt suka lawat..renungkan dan selamat beramal..yg baik dtg dr Allah, yg buruk tu dtg dr diri sy sendiri...
Senyum. Bahagia. Tenang.
Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.
Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.
Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.
Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.
Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.
Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.
Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.
Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.
Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.
Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.
Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.
Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.
Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.
Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.
Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.
Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.
Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.
Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.
Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?
Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.
Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?
Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.
Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".
Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.
Memaafkan Untuk Syurga
Assalamualaikum..
Entry kali ni,berkaitan dgn memaafkan kesalahan org lain..bila baca article ni rasa macambanyak lagi yg perlu dipelajari..marilah kita sama2 memahami isi kandungan article ini..
Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanyasesama manusia.
Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.
Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci keranaberlaku salah faham.
Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.
Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu bagindabersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul darisebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.
Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaatdan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah jugapada hari ketiga.
Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amathairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku inginmengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyaktiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamulakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiapmalam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitujuga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."
yang Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasasahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasadendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulahaku lakukan sepanjang hidupku."
Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.
Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.
=============================================
ada macam2 pendapat..diantaranya
1) pernah satu ketika saya tak mau memaafkan...
kerana saya da penat dengan perangai individu tersebut...
tapi masa itu penawar segalanya..
lama kelamaan,saya pn maafkan dia...:)
2)setiap manusia ada kbaikkan dn keburukkan yg pnh dlakukn.. imbangi kebaikan yg pernah dialakukan.. mesti adakan.. manusia tdk sempurna dan buatlh ini semua dgn niat krn Allah.. utkmdpt redhaNya.. jihat hati... insyaAllah.. bygkn andai msih ada benci dn dndm pd hti kita, hatikita hitam jd berjihadlah kita utk mbersihknnya.. mgkin bkn mudh tp lkukn krn Allah insyaAllahada Dia utk membntu hambaNya..
3)sememangnya susah untuk kita mengikis sifat dengki dan iri hati dalam diri kita oleh itu kitakenalah selalu berdoa agar ALLAH membuang sifat itu jauh2 dari hati kita.insyaALLAH.
saya sendiri tidak terlepas dari perasaan diatas..kadang serius dah penat..tapi tu la..kena banyakdoa supaya di lapangkan dada..terhindar dari sifat iri hati,dengki,benci dan sebagainya..mogadengan adanya article ini, kita semua akan di lapangkan dada..dan terhindar dari semuaperasaan yg negative..insyaAllah..sama2lah kita berdoa..
Saturday, September 11, 2010
.: Terima Kasih Wahai SahabatKu :.
((Ini adalah nukilan seseorg))
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri.. Tetapi Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana,
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita Mengharapakan keiklasan dan kejujuran Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita.. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.. Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..
Kita tidak tahu. Tetapi.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..
RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
~ sahabatku ~
-----------------------------------------------------
dulu aku mungkin salah menilai erti persahabatan kita..aku terlalu hmm..maafkan aku sahabat..kini aku tahu tanpa kau disisi, aku sudah tidak keruan..aku sangat memerlukan kau wahai sahabat..kau lah tempat aku meluahkan isi hatiku..tempat aku mendapatkan nasihat dikala aku memerlukan..disaat aku memerlukan seseorang disisi aku..sahabat, aku sangat menyanyangi kau..aku harap kau tahu pasal ni..tapi sekarang segalanya telah berubah..akulah penyebab semua ini terjadi..maafkan aku sahabat..aku mungkin bukanlah sahabat terbaik kau..tapi aku ingin kau tahu..kau lah sahabat terbaik ku..sahabat, aku sangat terluka di saat semua ini berlaku..aku kecewa dengan diri sendiri..aku tak mampu menjadi sahabatmu..aku tak layak jadi sahabatmu..aku tak layak.. :( tetapi pada ku kau lah sahabat dunia akhiratku..walaupun selepas ini kita tak mungkin jadi seperti sebelum ini..tak mengapalah..mungkin ini lah hukuman yang aku kena terima seadanya..terima kasih sahabat..aku tak mampu nak meneruskan penulisan ini..ia sangat melukakan aku..aku sudah tak mampu nak ubati lagi..aku terima segala yang berlaku..aku bukanlah sahabat baikmu..aku bukanlah keutamaan mu..aku hanyalah insan yang banyak buat salah padamu..maafkan aku..maafkan aku sahabat..aku sangat merindui kau..aku teringin bergelak ketawa bersama..berkongsi cerita suka duka bersama..keluar berjalan-jalan bersama..berkongsi pendapat bersama..aku inginkan semua itu kembali..ya Allah, aku tak mampu memikul perasaan bersalah yang membelenggu diri ini..aku memerlukan ketenanagan dariMU..Ya Allah KAU lindungilah sahabatku dari semua perkara..peliharalah dia dari segala keburukan..aminn..
sahabat, aku sangat sayang kau..aku sudah tidak tahu bagaimana untuk aku bersemuka denganmu..aku sekarang ingin kuat sahabat..aku sudah tidak mahu menjadi seperti aku yang dulu..aku rasa baik kita berjauhan..mungkin itu penyelesaiannya..kerana sekarang walaupun kita berhampiran tapi sebenarnya kita jauh sangat..aku dah tak mampu lagi sahabat..aku tak mampu..aku rasakan baik aku jauh darimu..kau sekarang sudah ada penganti aku yang lebih baik dari diriku..kau mungkin sudah tidak memerlukan aku di sisi mu..kau dah tidak memerlukan nasihat dari aku..kau dah tak perlu nak dengar aku meluahkan perasaan aku pasal apa yang terjadi pada aku..kau juga tak perlu lagi nak amik tau pasal aku lagi..biarlah aku sendiri sahabat..kata-kata ini mungkin menyebabkan kau berjauh hati..aku pun sebenarnya berjauh hati dengan mu sahabat..hati aku sudah tidk dapt menanggung lagi penderitaan hati ini..sudah tidak mampu..maafkan aku sahabat..aku cuba untuk tidak memikirkan ini..tapi makin aku cuba melupakan makin kuat ia menghantui aku sahabat..aku rasa aku sudah tidak dapat bertahan..maafkan aku..biarlah aku yang mengalah..biarlah aku yang sakit sendiri..biarlah aku sendiri..sahabat, kau baik-baiklah..jaga diri..kalau kau rasa aku hanyalah perosak keadaan..buanglah aku dari kotak fikiranmu..buangkanlah kenangan kita bersama..buangkanlah semua nya..mungkin kau akan lebih gembira selepas buangkan semuanya berkaitan aku..tapi aku akan kenang kenangan kita bersama..sahabat, sampai sini saja aku mampu..kalau aku teruskan..aku mungkin akan lagi parah..aku rindu kau..aku sayang kau..aku sakit sahabat..aku sangat tenat sekarang..maafkan aku..harap kau baik-baik saja..insyaAllah jaga diri ya sahabat..
dari sahabatmu,
aku

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukama)

Subscribe to:
Posts (Atom)