hidup di dunia ni hanyalah sementara..jadi teruskan kehidupan tanpa memandang ke belakang..kerana kita tidak boleh dibayangi mimpi semalam..
Tuesday, September 28, 2010
Memaafkan Untuk Syurga
Assalamualaikum..
Entry kali ni,berkaitan dgn memaafkan kesalahan org lain..bila baca article ni rasa macambanyak lagi yg perlu dipelajari..marilah kita sama2 memahami isi kandungan article ini..
Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanyasesama manusia.
Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.
Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci keranaberlaku salah faham.
Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.
Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu bagindabersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul darisebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.
Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaatdan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah jugapada hari ketiga.
Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amathairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku inginmengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyaktiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamulakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiapmalam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitujuga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."
yang Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasasahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasadendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulahaku lakukan sepanjang hidupku."
Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.
Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.
=============================================
ada macam2 pendapat..diantaranya
1) pernah satu ketika saya tak mau memaafkan...
kerana saya da penat dengan perangai individu tersebut...
tapi masa itu penawar segalanya..
lama kelamaan,saya pn maafkan dia...:)
2)setiap manusia ada kbaikkan dn keburukkan yg pnh dlakukn.. imbangi kebaikan yg pernah dialakukan.. mesti adakan.. manusia tdk sempurna dan buatlh ini semua dgn niat krn Allah.. utkmdpt redhaNya.. jihat hati... insyaAllah.. bygkn andai msih ada benci dn dndm pd hti kita, hatikita hitam jd berjihadlah kita utk mbersihknnya.. mgkin bkn mudh tp lkukn krn Allah insyaAllahada Dia utk membntu hambaNya..
3)sememangnya susah untuk kita mengikis sifat dengki dan iri hati dalam diri kita oleh itu kitakenalah selalu berdoa agar ALLAH membuang sifat itu jauh2 dari hati kita.insyaALLAH.
saya sendiri tidak terlepas dari perasaan diatas..kadang serius dah penat..tapi tu la..kena banyakdoa supaya di lapangkan dada..terhindar dari sifat iri hati,dengki,benci dan sebagainya..mogadengan adanya article ini, kita semua akan di lapangkan dada..dan terhindar dari semuaperasaan yg negative..insyaAllah..sama2lah kita berdoa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment