Wednesday, October 27, 2010

::. Bila hati berkata-kata .::

entry kali ni pasal Bosan, pasal bersalah, pasal emo...hahhaha

Boleh tak nak kata yang life sekarang bosan..
Bosan tanpa rakan2 yang memahami perasaan ini..
Bosan bila asyik kita ja yang salah..
Bosan bila kita je yang kena mulakan semua perkara..
Bosan bila dah mintak maaf pun still nak emo..
Bosan bila bf sendiri pun wat tak peduli..
Bosan bila orang selalu pandang rendah sedangkan orang tu dah kenal ngan kita dah lama..
Bosan dengan orang yang sukar mempercayai orang lain dan asyik cakap apa yang dia kata tu benar2 belaka..
Bosan dengan perasaan sendiri..
Bosan asyik salahkan diri sebab kejadian 3 bulan lepas..
Nape orang tu tak rasa bersalah??
Nape asyik kita je yang kena rasa bersalah??
Boleh tak kalu buang diorang jauh2 dalam laut?
Boleh tak nak buang perasaan yang bersarang hampir 3 bulan ni??
Dia asyik kacau ja..Bila dia kacau,kita pun jadi emo..
susah la kita camni..
bila kita emo, orang still salahkan kita nape kita emo??

banyak betol persoalan..haha

Friday, October 22, 2010

Manual Bercinta: Cinta Tidak Perlu Diungkap

Fana, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta.

Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.

Selepas saya menulis beberapa artikel yang menyentuh serba sedikit tentang isu evergreen iaitu CINTA, membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan

Sedangkan nikah pun belum, ayat power dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan.

Dan sekarang satu demi satu ada yang meminta pandangan.

Saya serba sedikit cuba untuk menjadi pendengar yang setia, bukan untuk memberikan satu jawapan yang tepat dan jitu.

Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa.

Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia.

Mana mungkin saya memberikan jawapan melainkan banyak berkongsi cerita bagaimana untuk menguruskan cinta.

Memberikan alat kepada mereka untuk mencari jawapan.

Hadir dalam riang. Hadir dalam duka. Hadir dalam keliru. Hadir dalam blurr.

Itulah warna warni pembaca yang tampil untuk berkongsi cerita dengan saya. Sudah semestinya setiap yang hadir, saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga.

Cinta diungkap, hati gelisah.

"Amad, anda percaya tentang mimpi tak?" tanya seorang teman maya.

"Mimpi? Nak kata tak percaya, tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. Kenapa tiba-tiba buka bab mimpi ni?" saya menjawab dan pada masa sama cuba memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.

"Macam ini, saya semenjak dua tiga hari ini, asyik bermimpi tentang seorang lelaki ni saja. Saya tak nak, tapi sering termimpi," dia bercerita.

Lelaki mimpi lelaki? Haru! Kawan maya saya ini adalah seorang wanita.

Jadi pantas saja yang masuk dalam mimpinya lelaki.

"Special sangatkah lelaki tu sampai angau begitu sekali?" saya bertanya lagi. Cuba mengumpulkan sebanyak mungkin informasi daripada history taking yang dijalankan.

"Macam ini sebenarnya. Saya ini ada suka seorang lelaki ini. Tapi tahu sahajalah, saya perempuan, bila suka, hanya mampu buat hanya diam saja. Pendam rasa sorang-sorang. Itu ok lagi.

Tetapi satu hari, sebelum lelaki itu mahu ke luar negara belajar untuk beberapa tahun, dia datang jumpa dengan saya..." beliau bercerita.

Orang menaruh hati memendam rasa, datang pula sang jejaka pujaan. Mengantuk disorongkan bantai beb. Indah!

"Apa yang dia cakapkan?" tanya saya lagi. Cuba mengumpul simptom.

"Dia cakap dia sukakan saya. Dia janji selepas habis belajar nanti, dia akan datang cari saya kembali, Insyallah. Dan itulah masalahnya. Selepas itu hati saya tak tenang, asyik teringatkan dia. Sedangkan dia di luar negara, tanpa beri keputusan yang pasti," beliau menyambung.

Penantian satu penyeksaan.

Keluar daripada kes sebentar, ini terutama untuk muslimat.

Jika orang hadir, bertanya soal hati, cubalah menyatakan keputusan itu secepat mungkin dengan berfikir.

Jika YA, katakan dengan cepat.

Jika TIDAK, katakan dengan cepat. Anda mungkin tidak perasaan dan tidak mengerti, ada lelaki yang tidak keruan hidup tanpa keputusan yang tepat dan cepat.

Jangan seksa mereka dengan penantian yang lama.

"Apa pandangan dan nasihat Amad pada saya? Saya tahu itu silap, tapi macam mana nak baiki dan ubah?"sedih bunyinya.

"Pertama, saya nak sekeh kepala mamat yang cakap sayang tu," saya menjawap.

"Hah, suka hati nak sekeh kepala orang," cepat beliau memberi respon.

"Ops, maaf terlupa pula kepala orang saya nak sekeh itu adalah 'cik abang'," saya bergurau.

"Sebenarnya, orang yang membuat kesilapan paling besar adalah lelaki itu. Anda, rasa suka, rasa minat kepada seseorang, itu wajar saja. Tetapi tindakan lelaki itu adalah amat tidak wajar," saya bagi pandangan.

"Salah lelaki tu? Kenapa? saya tidak faham," dia menyoal balas.

"Silap paling besar lelaki itu adalah dia mengucapkan rasa sayang dia itu pada anda!"

Perasaan wanita, lelaki harus hormati.

Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.

Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan.

Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan.

Mengantuk disorongkan bantal.

Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana.

Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.

Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.

Anda mahu pergi jauh, pergilah.

Jangan mengusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang tempang.

Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka? Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.

Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah.

Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis.

Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain!

Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.

Jadi, bila perlu beritahu yang kita berkenan pada dia?

Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas.

Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis.

Bertemulah dengan kedua orang tua si gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.

Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".

Lawan jangan layan jangan.

"Dah tu, sekarang dia pun terlepas cakap. Saya pulak dah lama terseksa dengan perasaan ini. Macam mana nak buang ni?" tanya beliau.

Buang jangan, manage perlu. Bagaimana? Cara menguruskan angau yang tidak berpijak ini adalah dengan melupakannya.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat "memberi".

Ustaz Hasrizal

Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT.

Jangan lepas daripada bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawab dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.

Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan akal, akal mampu sihat dengan hanya disirami iman.

jiwa xbetol..

dah lama x menaip.erti kata lain meluahkan perasaan..hehe..hurm byk perkara yg berlaku..sedih..gembira..kecewa..rindu..rasa bersalah..menyampah..benci..ni semua mainan perasaan.aku sendiri xdapat nk recognize pa masalah hati aku sebenarnya..menda yang dah lama berlaku still seperti tiada perubahan.hanya aku sorang ke yg perlu ada rasa bersalah ni sampai bila2?sampai bila aku kena keep this feeling..this hurt me a lot..i'm really sick with it.cukup2 la tu nak hukum aku..aku pada asalnya tak menyangka hanya dengan tindakan aku yang tergesa-gesa tinggalkan kau masa tu, kau buat hidup aku sengsara sampai sekarang.sampai aku seperti tak dapat memaafkan diri sendiri kerana telah melukakan hati sahabat sendiri.sampai satu tahap bf aku sendiri cakap yg aku seperti bercinta dengan kau.serius aku tak dapat nak terima kenyataan yang dia kata tu.aku dan kau hanya sahabat..tak lebih dari tu..mungkin dia tengok aku super kecewa, sampai sendiri dapat penyakit.tapi xboleh salahkan kejadian kita gado tu punca aku dapat penyakit ni.mungkin sudah suratan aku menghidapinya..aku pun da tak mampu nak jadi aku yang dulu.aku yang mudah memaafkan kesalahan sesiapa sahaja yang melukakan hati ini..sepanjang aku kenal dunia luar,maksudnya luar dari rumah aku..kenal macam-macam perangai orang..ada yang suka amik kesempatan bila kita senang,tapi time kita susah semua hilang..ada yang time dia susah dia cari kita, tapi time kita susah dan2 dia ada hal.hilang macam tu..bila kita da ok dan stabil,baru diorang muncul..dan ada time kita susah,dia sama-sama susah dengan kita,time senang sama-sama senang..time sedih dia bagi semangat dan kata-kata nasihat..time kita happy,dia pun happy..tapi susah sangat nk jumpa orang macam ni sekarang..semua ada kepentingan masing-masing..even though orang tu kita da kenal dari zaman kita belum mature smpai orang cakap,kalu dah kawin anak mesti da 2 atau 3 orang haha..dia pun tak kenal kita sepenuhnya..aku yang dulu nya rasa kau lah sahabat dunia akhirat aku kini tiba-tiba rasa betol kah dengan keputusan aku untuk jadikan kau sahabat aku dunia akhirat?aku dalam delima..aku seperti hilang kawan yang aku selalu cerita masalah aku.cerita tentang kehidupan aku seharian.tentang apa yang menganggu diri ini.apa yang aku ingat,dari zaman sekolah rendah lagi, kawan-kawan semua suka tak amik pusing tentang perasaan yang satu ni..ingat lagi time tu ada kelas KAFA..dah habis kelas tapi time tu hujan..kita semua duduk tepi korodor kantin sambil tangan dok tadah air hujan..tetiba ada sorang ni tolak aku.hbs basah baju kelas KAFA aku..aku merajuk dengan perangai diorang..aku kecewa..tapi time tu aku boleh lagi memaafkan diorang..tapi sekarang aku makin meningkat dewasa..hati aku saban hari,selalu disakiti dengan perangai kawan-kawan..kenapa diorang xboleh nak memahami hati kecil ini.aku kesunyian.aku seperti mahu pulang ke pangkuan keluarga dimana hari-hari aku,aku tak akan sedih dengan perangai kawan-kawan lagi.no more sadness..happy disampaing keluarga tersayang..aku menangis saat aku meluahkan apa yang terjadi ni..serius aku kecewa yang sangat-sangat kecewa..sekarang ni aku dah tiada kawan baik..semua yang dulu aku anggap sahabat gembira kecewa aku,semua dah tak memahami sekeping hati ini..kenapa mesti aku sahaja yang perlu menjaga hati mereka sedangkan perasaan dan hati ini tiada yang nak ambil peduli..aku kecewa..aku ingin jauh dengan suasana dimana aku sentiasa rasa aku sahaja yang bersalah..aku ja yang selalu wat salah..apa yang aku buat semua salah..pada pandangan diorang hanya apa mereka rasa sahaja betul apa yang berkaitan dengan diri ini semuanya bersalah belaka..baru-baru ni,kawan aku.dia terasa dengan aku.sebabnya menda tu kecil ja..aku bukan tak nak tolong tapi aku ada sebab sendiri kenapa aku tak nak guna ATM kad aku tu.pastu mula la dia ungkit,tiap kali dia nak mintak tolong ja,expression aku mesti berubah..dia kena tau jugak,time tu aku tgh happy or not..kalu aku happy mesti dgn senyum lebar aku jawab.tapi jika aku ada masalah,mungkin lain sikit.tapi aku still tolong kan??nape nak jadikan itu isu??sampai esoknya tu.aku terpacak macam orang gila tepi jalan.serius time tu aku memang marah giler kat dia.sampai hati xmesej aku kata stay kat ofis sni ja..dah la dekat sejam berdiri kat tepi jalan.nak ngis je..nasib baik dapat gak msj kalu x..smpai kul 10 pun ak terpacak macam tiang lampu kat tepi jalan tu.memang tak patut..dan bila aku tanya napa kau tak gitau aku..kau cakap,kau ingat aku pun cuti sama mcm kwn yg sorang lagi.dia penin.aku tak.kan boleh mesej.just taip ckp yg pendek2 sudah.jadi la.serius aku nangis cuma xberia2 macam kes yang gado dgn kwn aku tu.sedihnya.napa semua orang selalu buat aku macam ni??apa salah aku?huhu..macam mana ni??aku inginkan ketenangan..aku dah maafkan dia.aku dah maafkan semua tapi nape macam diorang asyik menganggu fikiran dan jiwa aku ni..aku da boleh senyum.tapi cuma ngan kawan yang sorang ni ja aku xtau nk wat cmna lagi..walaupun dia ada depan mata tapi rasa jauh sgt.dan aku merasakan dia masih marahkan aku..sebab dia macam xboleh ja nampak aku..setiap kali ja dia nampak aku kat mna2, mesti dia xkan p kat tempat tu..hurm teruk sangat kah aku??ya aku tau aku buka S_A_H_A_B_A_T dia..sahabat dia hanya kwn aku yg dekat kg tu.tu je la kwn baik dia..aku hanya kuman ja dalam hidup dia..huhu..ok lah..sudah tiba masa tutup kita ni..haha..maaf..aku xbermaksud nak jauhkan diri..tapi bila aku mendekati kau menjauhi..apa lagi yg perlu aku buat.hurm aku tau kau menyesal sekarang..mgkn menyesal terima pelawaan aku dtg kesini..siap offer jd housemate..maaf aku xbermaksud untuk menjadikan semua ni seperti ini..maafkan aku..maafkan aku sebab kes aritu yg push kau sebab aku nk tau nape kau terasa ati dgn aku..MAAF sgt2..aku tau kau xsuka memaksa tapi hati aku yg nk sgt tau sebab apa..SORRY..aku teringin sangat nak menjerit kuat2 yang aku nk mintak maaf kat kau..dan aku harap kau pun boleh maafkan aku..***** MAAFKAN AKU>> aku sekarang tunggu peluang je..jika dengan ketiadaan aku di depan mata kau, kau akan tenang..aku pergi..selamat tinggal sahabat ku..aku nak kau tahu aku sayang kau..sebab dulu kau lah peti rahsia2 aku..tempat aku mendapatkan kata2 semangat.. :D
S*E*L*A*M*A*T___ T*I*N*G*G*A*L__S*A*H*A*B*A*T*K*U

Thursday, October 14, 2010

SEMINIT SAJA

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.
Betapa kita dapat menyebarkan seribu
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya,
serta terus klik pada icon
DELETE .

ANDA TERTAWA ...? atau ANDA BERfIKIR-fIKIR. ..?
Sebar luaskanlah & bersyukurlah
kepada ALLAH, YANG MAHA ESA,PENGASIH
DAN PENYAYANG
.
Apakah tidak lucu apabila anda tidak memFORWARD pesan ini. Betapa banyak
orang tidak akan menerima pesan ini, kerana anda tidak yakin bahawa mereka
masih percaya akan sesuatu?

:: just untuk kongsi bersama..terbaca dekat web..

Wednesday, October 13, 2010

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

www.iluvislam.com

Tuesday, October 12, 2010

Isu Gabung Puasa Sunat & Qadha

Oleh:

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini :

Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

_________

*Tambahan

  • (Mazhab Syafie)

Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha.

Imam as-Syafie di dalam kitab muktabarnya al-Umm ketika mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) menyebut hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).

  • Imam Jalaluddin as Syuyuti di dalam kitab al Isybah juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.

  • MANAKALA jawapan [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383] dalam masalah ini seperti berikut:

"Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya."

  • AKAN TETAPI,

jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran.

[Sharh al-Mumthi' 6/448].

  • Berkenaan persoalan tentang mestikah puasa enam Syawwal itu BERTURUT-TURUT SELEPAS HARI RAYA ATAU TIDAK?

Jawapan Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi dalam persoalan ini seperti berikut:

“Tidak semestinya dia berpuasa terus selepas hari raya. Bahkan harus untuk dia memulakan sehari atau beberapa hari selepas hari raya. Samada dia hendak berpuasa bersambungan ataupun berpecah-pecah dalam bulan Syawwal. Ia berdasarkan apa yang mudah baginya. Perkara ini luas (pilihannya)”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, 10/391).

Wallahualam.

sumber : www.zaharuddin.net/

Monday, October 11, 2010

terima kasih

moga hati ini cepat pulih..
terima kasih pada kak aisyah..kepada cekkeya..kepada farisha-un dan juga kepada miss A..
tanpa korang di sisi tentu aku dah salah pilih jalan..thanks a lot.

Sunday, October 10, 2010

iHyou


난 니가 싫어하지만 당신을 사랑합니다 ...
날 보내시기 바랍니다 ...
내 삶에서 떠나 ..
당신이 날 놓아주지 않으면
내가가는 것입니다.
나 그리고 당신을 너무도 사랑도 싫어 ..
난 당신이 싫어요!

Bersabarlah Demi RedhanNYA

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadang kala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah sedang menduga. Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadang membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadang kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis olehNya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuanNya? Kadang kala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapanNya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah... !
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna.. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayatNya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)

Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 12)

Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah : 45)

Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..(At-Taubah : 111)

Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129)

Ya Allah...berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta? (Al-Ankabut : 2-3)


Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.


tidak dinafikan, sy sendiri bila ditimpa kesusahan akan rasa seperti ini..jadi ingin kongsi artikel ini yg sy dpt dr website terkenal..klik disini..

hati oh hati part 2

sakitkah hati ini??
kenapa mesti sakit??
kenapa mesti terasa ni..
kenapa??

mengapa aku mesti memiliki perasaan ini..sedangkan dia boleh ja gembira di samping teman2 lain..
mengapa aku sahaja yg perlu merasai semua ini..
mengapa hanya aku sahaja yg rasa perasaan ini..
mengapa dia mesti buang aku jauh dari life dia..
sedangkan sebelum ni dia dah janji akan jadi kawan sehidup semati..tapi

sekarang aku sendiri..melayari lautan yg berduri..lautan yg luas terbentang..penuh dengan onak duri ranjau..suka duka aku, hanya aku sendiri..tiada lagi kata2 semangat dari dia..tiada lagi pelukan mesra seorang sahabat buat sahabat yg tengah sush hati..tiada lagi kata2 semangat yg boleh memberi keyakinan kepada sahabat nya ini untuk terus meredah arus di lautan yang sedang bergelora ni..tiada sahabat yg sentiasa di sisi lagi..tiada lagi

awak mungkin gembira sekarang..
gembira bersama teman baru..
teman yang kau kenal x smpai 3 bulan..
teman yang kau baru kenal..teman baru kau..
kemana kau pergi sentiasa bersama teman baru..
jika dia minta kau teman, senang je kau bagi persetujuan..
jika aku yang meminta..
kau akan berfikir dahulu..
dan kau akan cakap boleh..
tapi..
semua itu hanya omongan kosong sahaja..
bila tiba hari yang di janjikan, kau sengaja bangun lambat..
aku tak kisah kau bangun lambat sebab aku tau kau penat..
tak mengapa..aku tunggu kau bangun..
dan bila kau bangun..
kau tak bercakap sepatah pun dengan aku..
aku sedih sangat...
aku tunggu sampai petang..dah dekat pukul 6 baru kau bersuara..
ajak aku makan..
adakah kau dah lupa janji2 kau untuk teman aku pergi membuat kaca mata??
ataupun kau sengaja buat2 lupa..
kau x mintak maaf pun atas keterlupaan mu itu..
aku hanya diam..tak terkata apa2, sebab hatiku sangat sakit ketika itu..

sekarang..
aku baru dapat tau yang family kau nk datang..
itu pun dari mulut orang lain..
sampai hati kau buat aku begini..
kau memang tak mau berkawan dengan aku lagi kah??
hingga sekarang kau diam membisu..
aku dah mati kutu nak cari idea apa lagi mahu bersembang bersama kau seperti dulu..
aku kecik hati sangat2 sebab aku adalah orang terakhir yang tahu family kau datang melawat kau..
sedangkan orang lain tahu..aku apa pun tak tau..sedih sangat2..
sampai kesudah aku tak dapat tahu dari mulut kau sendiri..
mengapa ini yang terjadi??
kau betol2 mahu aku pergi dari hidup kau kah??
kalau begitu..
doa2 la moga tahun depan kau tak payah hadap muka aku lagi..
aku akan pergi jauh dari hidup kau..
aku tak akan ambil tau lagi pasal kau..
akan aku deactivate semua akaun sosial aku..
supaya aku tak akan amil tahu pasal kau..

kau mahu tahulah??
kawan lelaki aku berkata yang aku ni macam bercinta sahaja dengan kau..
dia cakap lagi..
kalau orang lain yang cetek ilmu agama, mesti dah fikir yang bukan2..
aku sayang kau..tapi aku dah tak sanggup nak sayang kau lagi..
aku dah cukup menderita..
cukup lah 3 kali aku dilukai disebabkan kawan2..cukuplah..
sakit yang aku hadapi dengan kau ni sangat parah..
kalah waktu aku frust bercinta dulu..
haha..adakah aku tak cukup baik dengan kau??
adakah aku tak sayang kau seperti kawan2 lain??
adakah aku tak cukup baik tuk jadi kawan kau??
adakah aku sangat kedekut dengan kau??
aku sangat berkira ke dengan barang2 aku??
sampai kau buat aku macam ni??

aku sudah selalu sangat bermonolog sendiri..
nak luahkan dekat kau,
aku dah jadi penakut..cukuplah sekali..
cukup la jadi macam hari itu..
aku memang tak nak kehilangan kau..
tapi

sekarang aku dah tak mampu nak teruskan lagi..
maafkan aku..
hati aku sekarang dah teruk..
aku dah cuba ubati 3 bulan kebelakangan ni..
tapi still tak boleh..
mungkin dengan berjauhan dengan kau, aku boleh hidup seperti dahulu..
dulu aku selalu cakap, rumahku syurgaku.. tapi sekarang aku dah tak boleh nak kata rumahku syurgaku..
hatiku dah tak boleh berada di rumah ini lagi..
life aku hanya dalam bilik..
hanya di temani cik ad, cik teddy, cik A, cik boo dan juga laptop kesygan ku..
hanya ini lah life aku sekarang..
bila tiba weekend, aku mula kepanasan berada dirumah..
kau nak tau kenapa??
sebab kau ada dirumah..
aku sekarang dah xleh jadi aku yang dulu..
kau selalu cakap aku sekarang terlalu emosional..
ya aku mengaku..
dulu aku masih budak2 lagi..
sekarang aku dah dewasa..
dah cukup matang..
aku bukan emo sebab benda2 kecik..
kalu aku emo tu mesti bersebab..
maaflah buat kau terasa hati dengan sikap aku time aku tengah emo..
aku teringin nak kau pujuk aku time aku emo..
tapi aku hanya bermimpi di siang hari..
lastnya aku sendiri yang pujuk diri ini..
hahaha..kelakar bukan..
tak mengapalah..
sekarang ni aku nk tumpukan tuk hidup aku sahaja..
aku dah tak mau fikir pasal life kau..
maaf bukan aku nk buang kau dari hidup aku..
cuma aku merasakan dengan begini aku dan kau lagi bahagia..
sekarang pun..aku diutara kau diselatan..
sama ja..hehe..mungkin begini kau bahagia disini..
aku akan pergi jauh dari kau..
aku cuma tunggu peluang je..
harap2 cepat lah peluang tu datang..
jika kita ditakdirkan berpisah selama-lamanya..
aku rela kau pergi..pergilah kau bersama-sama impian kau..
mungkin impian kita bersama-sama ingin bercuti diluar negara, tidak kesampaian..
aku harap kau dapt pergi ke tempat yg kau nk pergi tu bersama-sama rakan2 kau yg baru..
sekian sahaja..
aku dah tak mampu..maafkan aku..
pergilah kau dari dalam hati aku ni..
aku dah tak sanggup nak teruskan lagi..
tapi aku nak mintak balik..
hati aku kat kau..
mungkin dengan adanya hatiku..
aku akan bahagia kembali..

selamat tinggal kawanku..
jangan kau lupa tuk kejar impian kau itu..
bye-bye..
kau adalah kenagan aku yang lepas..
pergilah kau..
bergembiralah kau..
aku dah tak sanggup lagi..

pergiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
dengan ini aku dan kau akan hidup bahagia..
tanpa ada rasa kecil hati,terasa hati, apa2 yang berkaitan dengan hati lagi..pergilah..
pergi jauh2..
i hate u but i love u... :(

Friday, October 8, 2010

hati oh hati



ak skrg ni sendiri xpaham ngan hati sendiri..
dah ckp nk let it go..
tapi asal asyik dok pk pasal dia lg??
wua3..benci dgn perasaan sendiri..
mak tlg..anak mak ni dah gila agaknya..
huk3..
nk wat cmna ni??
xkan nk kne jumpa pakar sakit jiwa kot baru nk ilang perasaan ni??
buntu2..ya Allah bantulah hambaMu ini..
ak sgt memerlukan ketenangan yg maksimum skrg ni..
kalau la boleh buang memori yg kita xmau..
mesti x macam ni..

pergilah..jgn ggu ak lg..ak da penat layan kau..letih tau dak..wua3..
asal kau xmau lepaskan ak pergi..sedangkan ak dah janji lepaskan kau bebas pergi..
pergilah duhai perasaan -ve ni..sudah2 duduk dkt ak..ak nk hidup ak cool balik..jd ak yg ceria..xmau jd ak yg skrg ni..bosan betoi..need my soul back..please3x

Thursday, October 7, 2010

♥♥ 聽媽媽的話 | Ting Ma Ma De Hua | Listen to Mama's Words♥♥

ni lirik lagu jay chow..suka dia dr zaman matriks lg..sebab rumetku yg kenalkn..haha..

小朋友 你是否有很多問號 為什麼
Xiao peng you, ni shi fou you hen duo wen hao, wei shen me
Little children, do you have a lot of questions, why

別人在那看漫畫 我卻在學畫畫 對著鋼琴說話
Bie ren zai na kan man hua, wo que zai xue hua hua, dui zhe gang qin shuo hua
When other kids are reading manga, I am learning to draw and learning to communicate with the piano

別人在玩遊戲 我卻靠在牆壁背我的ABC
Bie ren zai wan you xi, wo que kao zai qiang bi bei wo de ABC
When other kids are playing games, I am leaning on the wall memorizing my ABCs

我說我要一台大大的飛機 我卻得到一台舊舊錄音機
Wo shuo wo yao yi tai da da de fei ji, wo jue de dao yi tai jiu jiu lu yin ji
I said that I wanted a large airplane, but I got an old recorder


為什麼 要聽媽媽的話 長大後你就會開始懂得這種話
Wei shen me, yao ting ma ma de hua, zhang da hou ni jiu hui kai shi dong de zhe zhong hua
Why should I listen to mother's words? When you grow up you will understand what I am saying

長大後我開始明白 為什麼我跑的比別人快 飛的比別人高
Zhang da hou wo kai shi ming bai, wei shen me wo pao de bi bie ren kuai, fei de bi bie ren gao
After I got older I started to realize why I run faster than others and fly further than other people

將來大家看的都是我畫的漫畫 大家唱的都是 我寫的歌
Jiang lai da jia kan de dou shi wo hua de man hua, da jia chang de dou shi wo xie de ge
In the future, people will be reading my mangas and all the songs they sing will be written by me

媽媽的辛苦 不讓你看見 溫暖的食譜在她心裡面
Ma ma de xin ku bu rang ni kan jian, wen nuan de shi pu zai ta xin li mian
Mother's hard work isn't seen by others. She knows the warm recipe by heart

有空就多多握握她的手 把手牽著一起夢遊
You kong jiu duo duo wo wo ta de shou, ba shou qian zhe yi qi meng you
When you have time, hold her hand and sleep dream together

聽媽媽的話 別讓她受傷 想快快長大 才能保護她
Ting ma ma de hua, bie rang ta shou shang, xiang kuai kuai zhang da cai neng bao hu ta
Listen to mother's words, don't let her get hurt. You want to grow up quickly so you can take care of her

美麗的白髮 幸福中發芽 天使的魔法 溫暖中慈祥
Mei li de bai fa, xing fu zhong fa ya tian shi de mo fa, wen nuan zhong ci xiang
Beautiful white hair, growing inside happiness. Angel's magic benevolence within (her) gentleness

在你的未來 音樂是你的王牌 拿王牌談個戀愛
Zai ni de wei lai, yin yue shi ni de wang pai na wang pai tan ge lian ai
In your future, music is your key to success, use it to get into a relationship

唉 我不想把你教壞 還是聽媽媽的話吧 晚點在戀愛吧
Ai wo bu xiang ba ni jiao huai hai shi ting ma ma de hua ba, wan dian zai lian ai ba
Sigh, I don't want to teach you to be a bad kid. Why don't you listen to what your mother says and get in a relationship later

我知道你未來的路 當媽比我更清楚
Wo zhi dao ni wei lai de lu, dang ma bi wo geng qing chu
I know your future path, but your mother knows it even better

你會開始學其他同學在書包寫東寫西
Ni hui kai shi xue qi ta tong xue zai shu bao xie dong xie xi
You will start imitating friends and write things on your backpack

但我建議你最好寫 媽媽我會用功讀書
Dan shi wo jian yi ni zui hao xie, ma ma wo hui yong gong du shu
But I suggest you better write: Mom I will put in my best effort to learn

用功讀書 怎麼會從我嘴巴說出
Yong gong du shu, zhe me hui cong wo zui ba shuo chu
I will study hard, how does that come from my mouth?

不想你輸所以要教你 用功讀書
Bu xiang ni shu suo yi yao jiao ni, yong gong du shu
I need to teach you because I don't want you to lose. Study hard

媽媽織給你的毛衣 你要好好收著
Ma ma zhi gei ni de mao yi, ni yao hao hao shou zhe
The sweater mother gave you, you have to keep it safe

因為母親節到時我要告訴她 我還留著
Ying wei mu qin jie dao shi wo hui gao shu ta, wo hai liu zhe
Because on Mother's Day, I want to tell her, I still have it

對了 我會遇到了周潤發
Dui le, wo hui yu dao le zou ren fa
Oh yea, I will meet Zhou Run Fa*
*Zhou Run Fa is a famous actor (Yes...He is Chow Yun Fat)

所以你可以跟同學炫耀 賭神未來是你爸爸
suo yi ni ke yi geng tong xue xuan yao du shen wei lai shi ni ba ba
So you can show off to your friends, "The God of Gambling will be your father"

我找不到童年寫的情書 你寫完不要送人
Wo zhao bu dao tong nian xie de qing shu, ni xie wan bu yao song ren
I can't find the childhood love letter. Don't give it away after you write it

因為過兩天你會在操場上撿到
yin wei guo liang tian ni hui zai cao chang shang jian dao
Because you will find it on the playground two days later

你會開始喜歡上流行歌 因為張學友開始準備唱吻別
Ni hui kai shi xi huan shang liu xing ge yin wei zhang xue you kai shi zhun bei chang wen bie
You will start to like pop music because Jacky Cheung is about to sing Kiss Goodbye*
*(Kiss Goodbye is a famous song that was a hit in the 90s)

聽媽媽的話 別讓她受傷 想快快長大 才能保護她
Ting ma ma de hua, bie rang ta shou shang, xiang kuai kuai zhang da cai neng bao hu ta
Listen to mother's words, don't let her get hurt. You want to grow up quickly so you can take care of her and protect her

lagu:Jay Chou

best sgt lagu ni..music dia pun nice..suka2..
kalu nk dgr sila klik disini....video skali..hahha..nk bg link tuk download,kat opis ni xlepas lak..haha..(kantoi wat ni time keje)..kekeke



p/s:: ♥♥♥♥♥♥ love you mak..next month org balik..tp pas raya aji..xdpt cuti lama..hehe ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

::. Untitle .::



I open my eyes
I try to see but I’m blinded by the white light
I can’t remember how
I can’t remember why
I’m lying here tonight

And I can’t stand the pain
And I can’t make it go away
No I can’t stand the pain

How could this happen to me
I made my mistakes
I’ve got no where to run
The night goes on
As I’m fading away
I’m sick of this life
I just wanna scream
How could this happen to me

Everybody’s screaming
I try to make a sound but no one hears me
I’m slipping off the edge
I’m hanging by a thread
I wanna start this over again

So I try to hold onto a time when nothing mattered
And I can’t explain what happened
And I can’t erase the things that I’ve done
No I can’t

How could this happen to me
I made my mistakes
I’ve got no where to run
The night goes on
As I’m fading away
I’m sick of this life
I just wanna scream
How could this happen to me

I made my mistakes
I’ve got no where to run
The night goes on
As I’m fading away
I’m sick of this life
I just wanna scream
How could this happen to me

bila dgr lagu ni..teringat kenangan masa matriks dulu..malam stdy smbil pasang walkman layan lagu2 kat hits.fm smbil wat homework fizik,kimia n math..rindu sgt2 dkt rumet2 ak masa tu..yuni,wan n chin..lepak sama2..bercerita pasal subject masing2..tukar2 idea..bosan stdy merayau tawaf kolej..haha..rindu that moment..skrg semua dah ada life masing2..ak pun da busy ngan keje..balik da lewat..smpai x sempat nk tukar baju keje..terus tido..ni pun sebab xleh tido..haha..xtau la bila lg boleh jumpa depa semua..rindu nya..time dkt u lg la..mcm2 perangai ada..yan rindu sgt kat ko..dah lama x bergosip n layan movie sama2..hehe..g jogg pas subuh..sabtu g bukit cerakah kayuh basikal..zima ngan fazy pn sama..rindu sgt2..last jumpa time korong konvo..pastu da xjumpa..time dat konvo semua xdpt dtg..huhu xpe2..nti kita cr 1 hari free kita bercerita ye kwn2..yan tggu ak tau..insyaAllah bln depan ke ak g johor..hihi k la..time to sleep..kang ada yg xbgn lak nk g keje..hehe nti ak smbg lg..ni bru intro..daaa

Monday, October 4, 2010

#* Hati *#



Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih.... ianya bererti. Aku terlalu
menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku
takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga
dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti
barangan lain seperti duit, permata dan
sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada
keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan
malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya
bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya
kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana
naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar
mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya
terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental
pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk
aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak
berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi
pada orang yang istimewa.

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang
yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya
pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh
kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya
pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati
manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu
mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu
terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada
kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin
pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya
lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih
sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk
hati itu kembali indah.

*Just Let It Go*


awk..
sy dgn rela hati melepaskan awk pergi..
pergilah awk..
pergi..
moga awk bahagia disana..
berbahagialah awk dgn kwn2 baru awk..
moga dgn sy melepaskan awk pergi..
hati sy kembali tenang..
tidak lagi di kacau dgn pelbagai rasa..
pergilah awk..
pergi kemna awk nk pergi..
sy mengharapkan dgn ini sy kembali tenang..
mgkn sebelum ni sy xlepaskan sepenuhnya perkara ini..
dan mgkn sebab ni jugak la sy mcm ni..
maafkan sy kerana tidak membiarkan awk pergi dgn tenang..
pergilah awk..selamat tggl awk..
moga awk sentiasa ceria2 selalu..

thanks to my lovely rumate kerana menyedarkan sy ttg perkara ni..
kalu x smpai skrg sy still mcm dulu..
asyik pk kn masalah ni..
lega dpt lepaskan..
selamat tinggal awk..sy relakan awk pergi..
sehingga berjumpa lagi..